Isu kekurangan ayam segar di pasar-pasar utama sejak beberapa hari lalu membelenggu rakyat Malaysia terutamanya peniaga.<br /><br />Tinjauan Astro AWANI di Pasar Borong Selangor pada Sabtu mendapati harga ayam naik sehingga 12 ringgit sekilogram berbanding sembilan ringgit sekilogram sebelum ini.<br /><br />Malah ada peniaga yang terpaksa menghadkan pembelian kepada pelanggan tetap mereka sahaja.